Friday 6 December 2013

TIPS Pilih Cermin Mata~




assalammualaikum wbt..
ulalalla~ ain nk melalut pulak pasai 
* tips utk pilih cermin mata *
first thing yg korang kena buat ialah
dgn tahu bentuk muka korg tu ..
ni ad skit gambar sbg panduan utk tahu 
tntg bntuk wajah kita !! 
tadaaa ~


dah tau kan wajah korang bntuk ap?
okey ! now kita pergi ke next step iaitu
untuk pilih bingkai cermin mata !!
macam mana nk tawu bingkai mana yg oke??

okey ain cerita ea...bntuk wajah kita actually
pengaruhi bntuk bingkai cermin mata
yg kita nk pkai nti..
sbbnya..nti xdek lah nmpk spek tu bsr drpd spttnya
longgar n so on..huhuhu
bwh ni adlh antra tips2 trsbut:

bagi bntuk wajah bulat !!


     Tindakan: Pilih bingkai yang menjadikan muka anda kelihatan lebih panjang dan lebih kurus.....
  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat...
  • Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang....
  • Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat....

Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.....

bg bentuk wajah bujur sirih !!




Tindakan: Anda yang mempunyai bentuk muka ini hampir tiada masalah dalam memilih bentuk bingkai...untung sesiapa yang mempunyai bentuk muka bujur sirih ni.....
  • Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda....tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.....

Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau "jatuh" kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang....

bg bntuk wajah petak !!



Tindakan: Pilih bingkai yang menjadikan muka anda kelihatan lebih panjang dan "melembutkan" sudut-sudut di muka anda....
  • Pilih bingkai yang sedikit melengkung, kaki (temple) bingkai sedikit tinggi untuk mengurangkan kedudukan rahang yang terlalu menonjol....
  • Pilih bingkai yang lebih horizontal daripada vertikal iaitu tidak terlalu lebar secara vertikalnya....
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai....
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya...iaitu lebih tebal di bahagian atasnya....

Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak....oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda...selain itu ini juga dapat mengelakkan orang ramai melihat dagu anda yang bersegi itu.....

bg wajah bntuk berlian !!



Tindakan: Pilih bingkai yang dapat melebarkan dahi dan rahang serta pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang kecil....

  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya...
  • Frameless adalah pilihan yang bagus untuk bentuk muka ini....
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai....
Elakkan: Memilih kaki (temple) yang jatuh....

bg wajah bntuk oblong !!



Tindakan: Pilih bingkai yang "memendekkan" muka...
Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh....
  • Cuba juga bingkai yang agak bulat, lebar atau berbentuk agak segitiga (bawah besar dari atas)....
  • Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.....
TipNosebridge yang rendah membantu dalam "memendekkan" hidung dan kaki (temple) yang "jatuh" akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek......

bg wjah bntuk hati !!



Tindakan: Pilih bingkai yang lebar sedikit di bahagian bawahnya...ini berfungsi untuk meminimumkan kelebaran di bahagian dahi anda.....
Kaki (temple) yang jatuh akan menambahkan keseimbangan muka....
  • Contoh bentuk bingkai lain adalah seperti rama-rama (butterfly), aviator (bentuk seperti sunglasses Ray Ban klasik yang popular sekarang ini), atau bentuk segitiga juga sesuai untuk bentuk muka ini....
  • Pilih bingkai yang mempunyai warna yang cerah....
  • Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.....
Elakkan: Memilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya...


bg wjah bntuk segi tiga !!



Tindakan: Pilih bingkai yang dapat menambahkan lebar pada kawasan dahi, "melembutkan" dan mengecilkan kawasan rahang, pipi dan dagu....
Bingkai yang dipilih kelihatan sedikit berat di bahagian atasnya....di bawahnya mempunyai sudut yang sedikit ke dalam...
  • Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut....
Elakkan: Memilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang jatuh.....

ohh yaa !! lupa nk habaq mai..
kpd girls yg bertdung..
pastikan korang pkai tdung yg korg selalu pkai 
time nk pi beli cermin mata okey
spy nti xdekla rasa xselesa ap semua..

lg satu..korang kena beli yg ad spring
spy nti cermin mata tu xmdh utk patah..
oukey itu je kita nk share kali ni'
tata titi tutu..
assalammualaikum wbt

*i luv Allah n Rasulullah*


No comments:

Post a Comment